Tahun 2010 dipilih sebagai tahun pemantapan syari'ah dalam Kumpulan Hotel De Palma. Program ini adalah salah satu dari daripada program pembangunan insan yang modulnya telah diolah bagi memperkasa program pemantapan pematuhan syari'ah. Ia juga merupakan sumbangan Kumpulan Hotel De Palma kearah Tanggungjawab Sosial Korporat. (CSR : Corporate Social Responsibility).
Program ini merangkumi pembinaa asas-jasmani, rohani, emosi dan intelektual yang menjadi asaspenting sebagai tunggak kekuatan dan kecemerlangan seseorang insan.Ia sangat sesuai kepada semua lapisan masyarakat, samada diperingkat kanak-kanak (masih bersekolah), remaja (lingkungan 18-25 tahun) dan dewasa (26 tahun keatas).
TUJUAN JARI 561
- Tujuan JARI 561 dilaksanakan adalah untuk membantu masyarakat agar lebih memahami gaya hidup sebagai khlaifah Allah didunia yang bersifat sementara.
- Ia juga memberi sedikit sebanyak ilmu berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Fasilitator.
OBJEKTIF 561
- Melahirkan insan yang sedar akan tanggungjawab kepada diri, Allah dan Rasul serta peranan sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi.
- Membina semangat setiakawan dan kerjasama berasaskan konsep musyuwarah dan jemaah serta semua tindak-tanduk dan amalan.
- Mengelakkan diri dari terjerumus daripada perkara-perkara dan aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral.
- Memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap kepentingan mengamalkan nilai-nilai agama sebagai perisai ketahanan diri dan maruah.
- Untuk melahirkan para da'ie yang kontemporari yang sesuai dengan misi dakwah dizaman millennium.
PENGENALAN JARI 561.
JARI adalah singakatan dari perkataan JATI DIRI iaitu diambil dari dua huruf pertama dari perkataan JAti (JA) dan dua huruf hujung dari perkataan DiRI (RI).
Manakala 561 adalah merujuk kepada :
- 5 : Rukun Islam
- 6 : Rukun Iman
- 1 : Ihsan.
- Rukun Islam : Adalah permulaan bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
- Rukun Iman : Kepercayaan dan keyakinan yang datang dari hati selepas melafazkan Syahadah.
- Ihsan : Beribadat sepertimana melihat adanya Allah dihadapan, sekiranya tidak maka Allah sentiasa memerhatikan.
JARI juga dirujuk kepada anggota manusia itu sendiri, iaitu setiap jari yang ada pada tangan manusia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri walaupaun saiz ukuran panjang dan pendeknya serta gemuk dan kurusnya tidak sama.
Jari mempunyai kekuatan apabila digenggam dengan erat. Jesteru, sebagaimana jari-jari yang mampu melaksanakan tugasnya maka begitulah juga wawasan dan matlamat program ini dianjurkan.
SKOP PROGRAM JARI 561
JARI SATU : AQIDAH DALAM KEHIDUPAN.
Fokus :
- Konsep Aqidah - Rukun Iman.
- Peranan dan Kesan Aqidah / Iman.
- Kecintaan mutlak kepada Allah dan Rasul.
- Mencapai ketenangan jiwa.
- Memiliki akhlak yang mulia.
Objektif :
- Peserta dapat memahami pengertian makna Aqidah.
- Peserta dapat mengetahui kepentingan Aqidah dalam kehidupan seorang mukmin.
JARI KEDUA : IBADAH DALAM KEHIDUPAN.
Fokus :
- Konsep ibadah dalam Islam.
- Peranan dan kesan ibadat.
- Ciri-ciri ibadat yang unggul.
Objektif :
- Peserta dapat memahami pengertian makna ibadah.
- Peserta dapat mengetahui kepentingan ibadat dalam kehidupan sebagai seorang mukmin.
JARI KETIGA - ANALISA KELEMAHAN DIRI / TEROKA DIRI.
Fokus :
- Matlamat hidup.
- Melihat kelemahan diri.
- Amalan muhasabah diri.
Objektif :
- Peserta akan dapat memahami bahawa manusia mempunyai sifat kekurangan dan kelemahan.
- Peserta dapat mengenali aspek-aspek kelemahan diri masing-masing dan cuba untuk mengoreksinya.
JARI KEEMPAT - PEMBERSIHAN JIWA / MUHASABAH DIRI (TEORI).
Fokus :
- Mengenal hakikat kehidupan.
- Erti sebuah kehidupan.
- Mengenali diri.
- Manusia dan kehidupan.
- Keperluan manusia.
- Penyakit manusia.
- Kekuatan dan kelemahan diri.
- Mengenali tanggungjawab.
Objektif :
- Para peserta akan mengetahui tentang kelemahan diri serta cuba memperbaikinya.
JARI KELIMA - MENGENAL ERTI KEHIDUPAN.
Fokus :
- Tanggungjawab sebagai pemimpin atau yang dipimpin.
- Mencari sumber rezeki dengan cara yang halal.
- Bagaimana cara untuk meningkatkan ilmu kerjaya.
- Mutu / kualiti kerja yang hebat.
- Hasil kerja yang bermutu.
Objektif :
- Para peserta akan mengetahui dan mencubanya.
PENDAFTARAN BERMULA SEKARANG
SILA HUBUNGI : 03-4270 7070
EMAIL : inquiry@depalmahotel.com
3 HARI 2 MALAM (RM148.00)